HELLO BUENOO !! Hari ni aku nak story pasal balloons . Alah takyah nak english sangat ah . Melayu je , belon . Haa belon alaa yg biasa ade masa party birthday , baby shower , bride to be , and majlis majlis lah . 🎈🎈 okay , ceritanye camni . Memandangkan birthday aku tak lama lagi , 23 december 🙈🙈 . So aku nak lah buat belon yg macam org org kat ig acah acah tu . Kalau birthday je , kek sebijik lepastu bunga and belon . Belon yang terapung tu . Haaaa aku nak camtu laa . Mula mula aku tak terfikir pun nak belon terapung . Aku dah beli belon . Lame dah beli . Lepastu aku ingat nak tiup guna pam je laa . Lepastu , Ibu aku cakap , kalau guna pam cemane belon nak terapung ? Orang biasa pakai gas helium takpun guna cuka + soda . Aku pun fikir , eh aku macam pernah buat je eksperimen gini kat sekolah . Masa form 2 ke form 1 dulu . Ke mase sekolah rendah . Hm tak ingat dah . Tapi yang aku ingat , aku pernah buat eksperimen nak kembangkan belon . Aku pun search laa google . Aku ni jenis yang susah nak percaya org sikit . Hahahaha . Bukan tak percaya , tapi macam was was . Apa apa hal aku kena google dulu . Aku pun terjumpa satu blog ni , aku baca cara cara dia . Dia suruh guna cuka + soda . Eh cara ni macam cara yg Ibu bgtau tadi laa . Aku pun ambik laa bahan bahan yang dia suruh and semua semua laa . Aku pun nak buat laa kan . Tapi masa aku buat tu , aku tak baca pun feedback pengguna . Aku pakat buat je . Sebab excited kan . Hahahahha . Lepastu aku buat laa . Guna botol mineral bapak besar . Cuka 3 sudu , soda setengah sudu . Kau rase ? hahahhaha . Cemane nak bertindak balas kalau bahan pun secubit tak rasa . Hahahahahha . Lepastu , aku try . Tapi tak jadi . Belon tu tak kembang . Aku pun tengok balik blog tu . Ramai feedback kata tak jadi laa , apalaa . Lepastu aku nak giveup dah . Aku malas dah . Lepastu , datanglah idea nak up moments dekat wicet . Aku pun up laa moments macam dalam gambar kat bawah . Lepastu ramai jugaklah yang comment . Ade yang cakap cuka dengan soda tu kena sama rata , ade yang cakap guna air coke , ada jugak yang buat lawak . Dia cakap tiup belon tu , lepastu lepas kat udara . Haaa terapungkan ? Hahahahha . U think ? Hahaha . Lepastu aku pun sama rata kan cuka and soda tu . And yes . Menjadi mcm gambar kat bawah tu . Tapi besar sampai situ jee . Tak kembang lagi . Aku pun usaha lagi tambah baking powder , tambah cuka . Sampai penuh botol . Tapi still macam tu . Aku pun biarkan je sampai pagi belon tu melekat kat botol . Bila dah pagi , eh belon pecah 😭😭😭😭😭😭 . Aku pun malas dah nak buat eksperimen ni . Membazir je cuka and soda . Baik aku buat kek ke kuih ke , boleh makan . Last , belon tu memang besar macamtu je lahh walaupun penggunaan cuka + soda banyak . Hm . Aku tak giveup . Aku pun ambik belon belon tu , aku tiup pakai pam bola adik aku lepastu aku ikat pakai tali . Acahh acah belon tu terapung ah tapi hakikatnya belon tu jatuh layu tersungkur tidak terbangun lagi . Eh pebende aku mengarut ni ? Hahahha okayla bubbyee . 👋👋
Friday, 16 December 2016
Tuesday, 13 December 2016
AYAM ?! 🐔🐓
HELLO BUENO ! 📣📣🍫 IM BACK setelah sekian lama menyepi . Hahahaha im too busy nak update blog. Sejak phone kena curi , aku dah tak update blog anymore . Sekarang , baru update balik sbb dah ada phone baru . Huhuhu . Okay hari ni nak citer pasal ayam . Yes ayam yang kecik kecik tu yang sekali pijak je boleh mati . Tapi kecik kecik tu laa bisa . Bak kata , kecik kecik cili padi . Hm . Aku memang dah benci dengan ayam . Ayam yang hidup tu . Aku memang pantang kalau aku pergi mane mane lepastu ade ayam . Bukan setakat ayam laa . Kalau ade itik , angsa , burung and seangkatan dengannya aku memang tak boleh . Sebab apa ? Sebab aku fobia 🎃🎃 . Aku fobia kes masa aku tingkatan 1 which is form 1 which is 13 tahun which is 13 years old , masa tu aku kan stay kat Sandakan lagi . Lepastu , masa cuti 2 minggu yang bulan 6 tu , aku dengan family balik ahh kampung kat Ganu ni . Lepastu kitaorg stay laa dekat rumh kitaorg kat sini . Mase tu rumahh kat binjai rendah . So memang lama dah kan tinggal rumah tu , takde ah tinggal kosong . Bagi sewa kat org laa . Lepastu suatu petang tu , aku nak pergi kedai . Sebab aku nak beli pisang goreng and keropok lekor . Kalau nakk pergi kedai ni memang kena lalu dekat lorong yang kecil . Sepanjang lorong tu ade kolam ikan , sangkar ayam , burung and itik. Mase tu aku tak fobia lagi dengan mende mende tu . So aku buat relax jelah lalu dekat lorong tu . Lepastu , bila aku dah lalu , aku pun tak kisah pape pun . And aku berjaya lalu lorong tu sampai habis dan sampai laa dekat kedai . Aku pun pergi laa beli pebende yang aku nak tu . So bila nak balik semula , mmgla kena lalu lorong tu . Aku pun dengan slumber lalu lorong tu semula . Sambil aku lalu , aku minum ABC . Perghh seronok 😋😋😋 . Tetibe ........... Aku rasa pelik 😱😱😱😱 aku rasa terkejut , terperanjat . Ayam tu ade 2 ekor . Satu hitam , satu lagi putih . Aku syak dia ni suami isteri kot . Lepastu dia dua ekor kejar aku . Aku taktau lah kenapa , nak kata aku kacau telur dia , takde ah . Nak kata aku kacau anak dia pun tak . Maybe sebab dia nak makanan aku tu kot . Dari jauh dia kejar aku sampai lah sepanjang jalan . Aku pun apa lagi menjerit tak keruan ah . Aku lari sambil menjerit . Imagine laa macammana . Lepastu selipar aku tercabut . Aku masa tu gawat dah taktau nak buat apa . Aku pun slow slow undur belakang nak sarung selipar , lepastu aku lari sampai kehujung lorong . Lepastu ade sorang pakcik tua , dia tanya aku . Kenapa lari lintang pukang ? Lepastu aku cakap , kena kejar ayam 😭😭😭😭😭 . Lepastu dia ketawa and dia cakap , ayam je pun takut . Eh pakcik takde kat tempat saya , senang ah pakcik cakap camtu . Pastu pakcik tu pun halau ayam ayam tu . Huh selamat . Aku pun turun dari lorong tu sebab kat lorong tu ade bukit . Aku turun bukit tu . Lepastu aku nangis hahahahahahaha . Dah smpai kat bawah , jiran jiran semua tanya kenapa nangis. Aku cakap ah kena kejar ayam . 😱😱 lepastu diorang ketawa . Aku pun buat taktau je . Lepastu aku balik rumah and aku berkurung je dlm rumah 2-3 hari . Kes takut ayam . Sejak hari tu , aku memang pantang dengan ayam and aku memang benci tengok ayam . Tapi , aku takde ah nak bunuh ayam . Aku cuma geli and fobia je lepas kes tu . 😭😭😭 Sekarang , kalau pagi pagi aku selalu bagi sisa makanan kt ayam ayam depan rumah . Tapi make sure ayam tu takde ah baru aku letak makanan . Ayam ayam tu pun faham aku . Hahahaha . Sekian - and one more , aku memang takut dengan semua haiwan , binatang , serangga yang boleh terbang 🐦🐤🐥🐣🐔🐝🐞🐓
Saturday, 10 December 2016
ITS BABY RABBIT !!!!!!!! 🐰🐰😱😱
Hello buenoooo ! Petang ni aku memang kalut gila sebab ade satu kes ni berlaku dalam rumah aku . Nak tau kes apa ? Jap eh jap . Oh ye . Kes ni macam ni ceritanya , masa petang tu Ibu Abah Alin pergi keluar nak beli barang kat mane tah . Kat mydin ke giant tah . Lepastu tinggal lah aku dengan AdikAren je kat rumah. Tapi petang tu adik aren pegi main bola . So tinggal aku sorg kat rumh . So aku pun chill chill ah dengar lagu BATABAND - CINTADISEKOLAH. Lepastu aku pun rasa mengantuk . Rasa nak tidur . Tapi aku takk tidur laa sebab aku tak solat asar lagi . Aku pun layan lagu tu sambil main candy crush hahahahaha😹😹😹 . Lepastu aku terdengar bunyi yang macam pelik pelik sikit . Lepastu aku abaikan je laa . Aku fikir mungkin bunyi serangga ke or bunyi dlm tv. Lepastu aku dengar bunyi tu macam hampir je dengan aku . Aku pun jadi pelik . Aku bangun dari sofa , aku tengok bawah sofa . OMGGGGGGGGGGG ! 😱😱😱😱 kucing aku si kecil tu . Dia makan baby rabbit 😱😱😱😱 . Masa tu aku kalut + geli taktau nak buat apa . Aku pun melompat lompat macam org tak tenti arah lepastu menjerit jerit . Aku pun ambil payung aku nak pukul kucing aku tu tapi dia tetap takk lepaskann baby rabbit tu dari mulut dia . 😱😱😱 Kesian baby rabbit tu dah meraung kesakitan . Aku nak ambil baby rabbit pun aku geli . Aku tak mampu . Lepastu aku pun halau kucing aku keluar dari rumah . Aku gunakan senjata aku iaitu payung . Hahahaha dah takde senjata lain . Lepastu kucing aku pun keluar rumah and baby rabbit tu masih dia tak lepaskan . Lepastu aku pun redho jelah kalau baby rabbit tu mati . Lepastu bila fikir balik , kalau Ibu tau nanti mesti aku kena marah . Aku pun cuba nak selamatkan baby rabbit tu . Dari dapur aku nak pergi pintu depan , tetibe bulu ayam terjatuh . Aku pun apa lagi menjerit tak keruan ah . Lepastu aku macam tak tentu arah dah masa tu . Sebab aku ni fobia dengan ayam . Semua lah binatang , haiwan and serangga yang boleh terbang , aku geli . Lepastu aku pun cepat cepat pergi keluar dari rumah . Aku cari balik kucing aku si kecil tu . Lepastu aku jumpa dia masih dgn baby rabbit tu . Aku pun panggil adik Aren aku . Mula mula adik aku taknak dtg . Lepastu aku menjerit jerit suruh dia dtg supaya selamatkan baby rabbit . Masa tu dia masih blur . Taktau pape . Aku masa tu riuh sekampung macam ayam nak bertelur . Tapi aku tak kesah . Lepastu adik aku pun datang selamatkan baby rabbit tu . Lepatu aku suruh adik aku letak baby rabbit tu dalam box . Sementara tunggu Ibu Abah balik . Serious talk , aku taktau dah nak buat apa . Kesian baby rabbit tu dah berdarah . Aku harap panjang laa umur dia 🙏🙏 sebab asalnya dia lahir 6 ekor . Tapi dia sekor je yang hidup . So sekarang aku taktau lah apa nasib baby rabbit tu dalam box tu . Nanti IbuAbah balik , diorang tengoklah tu . Hm . Lepastu aku pun pergi ambil wudhuk , solat asar . Sebab aku tak solat lagi huhuhu . Masa aku nak solat , aku asyik fikir je pasal baby rabbit tu . Tak khusyuk solat aku 😩😩😔😔😔😔 . Hm sampai sini jelah cerita aku . Semoga baby rabbit panjang umur dan membesar dengan sihat🙏🙏💪💪🐰🐰 dibawah gambar baby rabbit aku yang habis berdarah😔😔😔
Monday, 16 November 2015
#CAMERON2015

-Enjoying this Lawatan with all of my friends
From left : Eyrah , Aqish , Syuda , Eken

-Too enjoy until tired >_<. I really really like this Lawatan you know?
-From left ; Myra , Eyrah , Eken , Mickey , Syuda , Aqish :)
We All went to Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands and really really enjoy that moment :)
Friday, 11 September 2015
ASRAMA !
Hello everyone! Long time I not update on blog. Sebabnya, saya baru pindah ke Kuala Terengganu a few months ago. So, no internet at home :(. Tapi sekarang dah ada internet :) okay, Post pada kali ini nak menceritakan tentang SEKOLAH baru. A few months ago, saya masuk sekolah baru. Nama sekolah tu SMK PENGKALAN BERANGAN. Hm, first time dtg sekolah tu rasa mcm tak nak masuk je >_< sebab takut lah youuu. Takut ada orang buli ke atau pun takde orang nak kawan ke. hahaha. tapi, masuk jugak masa hari tu. Masa masuk sekolah tu, gementar sangattttt >_<. Tangan bergegar sehhhh. hahaha. Tapi sekarang dah jumpa kawan, tak gementar dah. Masa mula2 masuk sekolah tu, saya tak pandai cakap dlm bahasa Terengganu >_< hahaha, nama je orang Terengganu tpi tak pandai cakap dalam bahasa Terengganu. Well, as you know, I live in Sabah for 8 Years. So, While I enter to new school, Im not talking in Sabah language but, I talk in Kuala Lumpur language. hahahaaaa, people talk "aku mung" but I talk "saya awak". hihihi. Now, I can talk in Terengganu but not full at all. :) Ok, back to post title. I want to share with all of you about ASRAMA. Yes, ASRAMA. You know, while I at Sabah, I not stay at Asrama but when I come here, I stay at Asrama :) First time, when I stay at Asrama, I cried because I leave my family,my home, my phone and everything. But, a few week and months past, I dah biasa dengan asrama. Here some pict of my DORM :)
-Dorm Khadijah
Saturday, 27 December 2014
Andy Ongkino - Rinduku (lyrics)
Dari segala apa yang ku rasa
Sedikit pun kau tak pernah merasa
Bersimpati kepada diriku huu,
Aku takkan pernah membiarkan
Titis airmata memberlinang
Aku akan menjaga dirimu seperti yang kau mahu dahulu hoo
(CHORUS)
Bagaimana harus ku jalani tanpa insan yang ku cintai
Merinduimu sampai akhir nanti
Hingga hari ini kau menghilang
Memutuskan bahagiaku
Apa lah salahku
Kau menghilang huuuuu
Bila malam ku asyik terjaga
Memimpikan kehadiranmu
Ucap lah padaku kau merindu ku
Ku harap kau pun jua merasa rindu huuuu
(CHORUS)
Bagaimana harus ku jalani
Tanpa insan yg ku cintai
Merinduimu sampai akhir nanti hooooooo
Hingga hari ini kau menghilang
Memutuskan bahagiaku hoo
Apalah salahku,
Kau menghilangggg haaaa huu huoooo
Aku mengharap kau pun juga merasa rindu huu
Wednesday, 17 December 2014
SleeQ ft Kaka Azraff - Perjalanan (lyrics)
Salam semua
Izinkanku sampaikan
Kata kata hatiku
Ingin kan ku pejamkan mata
Supaya bebas ku bercerita
Lihatlah gambaran impianku
Yang ku lukis sepanjang perjalanan
Merangkumi banyak contengan
Tapi tatkala ada lukisan
Kadang ku jatuh
Ada juga masa ku buntu
Tapi ku teguh melangkah jauh
Hingga ku jejaki puncak gunung
Pasti ku kan bertarung
(Kaka Azraff)
Biar...biar pun berjalan
Menepis deras hujan dan panas yang menyerang
Jangan...jangan kau menyerah
Atau mengaku kalah teruskan perjuanganmu
(Alyph SleeQ)
Kepada dia tunggu aku berjaya
Lebih jauh daripada zaman sekolah
Ku lebih mantap pandangan aku luas
Disaat kerja habis
Aku pandang ke tuas
Yeah aku yakin ini yang aku mahu
Ku belum cuba belum tahu
Dan kalau aku pergi mungkin kau tak setuju
Tapi ku tak menuju laju seperti peluru
Ke arah masa depan
Ke arah hadapan
Mana class tambahan
Yang aku nantikan
Dan kalau aku gagal
Siapa ada jawapan dan kalau aku gagal
Siapa kawan ha?
Terima kasih buat mereka yang terus menyokong
Terima kasih buat mereka yang berbual kosong
Dan walau apa pun yang akan berlaku
Kalau aku sampai dulu aku tunggu yeah
Aku dengar dia pilih jalan ini untuk berjaya
Aku dengar dia pilih jalan senang untuk kaya
Ada ramai yang cemburu ada yang mata merah
Tetapi itu halia siapa sangka salah ha?
Aku tak sombong
Mungkin segan saja
Sudah lama kita tak jumpa pun tak cukup masa
Aku tetap ada disini tak pernah dipaksa
Aku harap kau buat semua
(Syarif & Kaka)
Kadang ku jatuh...
Ada juga masa ku buntu...
Tapi ku teguh melangkah jauh
Hingga ku jejaki puncak gunung
Pasti ku kan bertarung
Biar...biar pun berjalan
Menepis deras hujan dan panas yang menyerang ohhh
Biar...biar pun berjalan
Menepis deras hujan dan panas yang menyerang






