Hello buenoooo ! Petang ni aku memang kalut gila sebab ade satu kes ni berlaku dalam rumah aku . Nak tau kes apa ? Jap eh jap . Oh ye . Kes ni macam ni ceritanya , masa petang tu Ibu Abah Alin pergi keluar nak beli barang kat mane tah . Kat mydin ke giant tah . Lepastu tinggal lah aku dengan AdikAren je kat rumah. Tapi petang tu adik aren pegi main bola . So tinggal aku sorg kat rumh . So aku pun chill chill ah dengar lagu BATABAND - CINTADISEKOLAH. Lepastu aku pun rasa mengantuk . Rasa nak tidur . Tapi aku takk tidur laa sebab aku tak solat asar lagi . Aku pun layan lagu tu sambil main candy crush hahahahaha😹😹😹 . Lepastu aku terdengar bunyi yang macam pelik pelik sikit . Lepastu aku abaikan je laa . Aku fikir mungkin bunyi serangga ke or bunyi dlm tv. Lepastu aku dengar bunyi tu macam hampir je dengan aku . Aku pun jadi pelik . Aku bangun dari sofa , aku tengok bawah sofa . OMGGGGGGGGGGG ! 😱😱😱😱 kucing aku si kecil tu . Dia makan baby rabbit 😱😱😱😱 . Masa tu aku kalut + geli taktau nak buat apa . Aku pun melompat lompat macam org tak tenti arah lepastu menjerit jerit . Aku pun ambil payung aku nak pukul kucing aku tu tapi dia tetap takk lepaskann baby rabbit tu dari mulut dia . 😱😱😱 Kesian baby rabbit tu dah meraung kesakitan . Aku nak ambil baby rabbit pun aku geli . Aku tak mampu . Lepastu aku pun halau kucing aku keluar dari rumah . Aku gunakan senjata aku iaitu payung . Hahahaha dah takde senjata lain . Lepastu kucing aku pun keluar rumah and baby rabbit tu masih dia tak lepaskan . Lepastu aku pun redho jelah kalau baby rabbit tu mati . Lepastu bila fikir balik , kalau Ibu tau nanti mesti aku kena marah . Aku pun cuba nak selamatkan baby rabbit tu . Dari dapur aku nak pergi pintu depan , tetibe bulu ayam terjatuh . Aku pun apa lagi menjerit tak keruan ah . Lepastu aku macam tak tentu arah dah masa tu . Sebab aku ni fobia dengan ayam . Semua lah binatang , haiwan and serangga yang boleh terbang , aku geli . Lepastu aku pun cepat cepat pergi keluar dari rumah . Aku cari balik kucing aku si kecil tu . Lepastu aku jumpa dia masih dgn baby rabbit tu . Aku pun panggil adik Aren aku . Mula mula adik aku taknak dtg . Lepastu aku menjerit jerit suruh dia dtg supaya selamatkan baby rabbit . Masa tu dia masih blur . Taktau pape . Aku masa tu riuh sekampung macam ayam nak bertelur . Tapi aku tak kesah . Lepastu adik aku pun datang selamatkan baby rabbit tu . Lepatu aku suruh adik aku letak baby rabbit tu dalam box . Sementara tunggu Ibu Abah balik . Serious talk , aku taktau dah nak buat apa . Kesian baby rabbit tu dah berdarah . Aku harap panjang laa umur dia 🙏🙏 sebab asalnya dia lahir 6 ekor . Tapi dia sekor je yang hidup . So sekarang aku taktau lah apa nasib baby rabbit tu dalam box tu . Nanti IbuAbah balik , diorang tengoklah tu . Hm . Lepastu aku pun pergi ambil wudhuk , solat asar . Sebab aku tak solat lagi huhuhu . Masa aku nak solat , aku asyik fikir je pasal baby rabbit tu . Tak khusyuk solat aku 😩😩😔😔😔😔 . Hm sampai sini jelah cerita aku . Semoga baby rabbit panjang umur dan membesar dengan sihat🙏🙏💪💪🐰🐰 dibawah gambar baby rabbit aku yang habis berdarah😔😔😔
No comments:
Post a Comment