HELLO BUENOO !! Hari ni aku nak story pasal balloons . Alah takyah nak english sangat ah . Melayu je , belon . Haa belon alaa yg biasa ade masa party birthday , baby shower , bride to be , and majlis majlis lah . 🎈🎈 okay , ceritanye camni . Memandangkan birthday aku tak lama lagi , 23 december 🙈🙈 . So aku nak lah buat belon yg macam org org kat ig acah acah tu . Kalau birthday je , kek sebijik lepastu bunga and belon . Belon yang terapung tu . Haaaa aku nak camtu laa . Mula mula aku tak terfikir pun nak belon terapung . Aku dah beli belon . Lame dah beli . Lepastu aku ingat nak tiup guna pam je laa . Lepastu , Ibu aku cakap , kalau guna pam cemane belon nak terapung ? Orang biasa pakai gas helium takpun guna cuka + soda . Aku pun fikir , eh aku macam pernah buat je eksperimen gini kat sekolah . Masa form 2 ke form 1 dulu . Ke mase sekolah rendah . Hm tak ingat dah . Tapi yang aku ingat , aku pernah buat eksperimen nak kembangkan belon . Aku pun search laa google . Aku ni jenis yang susah nak percaya org sikit . Hahahaha . Bukan tak percaya , tapi macam was was . Apa apa hal aku kena google dulu . Aku pun terjumpa satu blog ni , aku baca cara cara dia . Dia suruh guna cuka + soda . Eh cara ni macam cara yg Ibu bgtau tadi laa . Aku pun ambik laa bahan bahan yang dia suruh and semua semua laa . Aku pun nak buat laa kan . Tapi masa aku buat tu , aku tak baca pun feedback pengguna . Aku pakat buat je . Sebab excited kan . Hahahahha . Lepastu aku buat laa . Guna botol mineral bapak besar . Cuka 3 sudu , soda setengah sudu . Kau rase ? hahahhaha . Cemane nak bertindak balas kalau bahan pun secubit tak rasa . Hahahahahha . Lepastu , aku try . Tapi tak jadi . Belon tu tak kembang . Aku pun tengok balik blog tu . Ramai feedback kata tak jadi laa , apalaa . Lepastu aku nak giveup dah . Aku malas dah . Lepastu , datanglah idea nak up moments dekat wicet . Aku pun up laa moments macam dalam gambar kat bawah . Lepastu ramai jugaklah yang comment . Ade yang cakap cuka dengan soda tu kena sama rata , ade yang cakap guna air coke , ada jugak yang buat lawak . Dia cakap tiup belon tu , lepastu lepas kat udara . Haaa terapungkan ? Hahahahha . U think ? Hahaha . Lepastu aku pun sama rata kan cuka and soda tu . And yes . Menjadi mcm gambar kat bawah tu . Tapi besar sampai situ jee . Tak kembang lagi . Aku pun usaha lagi tambah baking powder , tambah cuka . Sampai penuh botol . Tapi still macam tu . Aku pun biarkan je sampai pagi belon tu melekat kat botol . Bila dah pagi , eh belon pecah 😭😭😭😭😭😭 . Aku pun malas dah nak buat eksperimen ni . Membazir je cuka and soda . Baik aku buat kek ke kuih ke , boleh makan . Last , belon tu memang besar macamtu je lahh walaupun penggunaan cuka + soda banyak . Hm . Aku tak giveup . Aku pun ambik belon belon tu , aku tiup pakai pam bola adik aku lepastu aku ikat pakai tali . Acahh acah belon tu terapung ah tapi hakikatnya belon tu jatuh layu tersungkur tidak terbangun lagi . Eh pebende aku mengarut ni ? Hahahha okayla bubbyee . 👋👋
Friday, 16 December 2016
Tuesday, 13 December 2016
AYAM ?! 🐔🐓
HELLO BUENO ! 📣📣🍫 IM BACK setelah sekian lama menyepi . Hahahaha im too busy nak update blog. Sejak phone kena curi , aku dah tak update blog anymore . Sekarang , baru update balik sbb dah ada phone baru . Huhuhu . Okay hari ni nak citer pasal ayam . Yes ayam yang kecik kecik tu yang sekali pijak je boleh mati . Tapi kecik kecik tu laa bisa . Bak kata , kecik kecik cili padi . Hm . Aku memang dah benci dengan ayam . Ayam yang hidup tu . Aku memang pantang kalau aku pergi mane mane lepastu ade ayam . Bukan setakat ayam laa . Kalau ade itik , angsa , burung and seangkatan dengannya aku memang tak boleh . Sebab apa ? Sebab aku fobia 🎃🎃 . Aku fobia kes masa aku tingkatan 1 which is form 1 which is 13 tahun which is 13 years old , masa tu aku kan stay kat Sandakan lagi . Lepastu , masa cuti 2 minggu yang bulan 6 tu , aku dengan family balik ahh kampung kat Ganu ni . Lepastu kitaorg stay laa dekat rumh kitaorg kat sini . Mase tu rumahh kat binjai rendah . So memang lama dah kan tinggal rumah tu , takde ah tinggal kosong . Bagi sewa kat org laa . Lepastu suatu petang tu , aku nak pergi kedai . Sebab aku nak beli pisang goreng and keropok lekor . Kalau nakk pergi kedai ni memang kena lalu dekat lorong yang kecil . Sepanjang lorong tu ade kolam ikan , sangkar ayam , burung and itik. Mase tu aku tak fobia lagi dengan mende mende tu . So aku buat relax jelah lalu dekat lorong tu . Lepastu , bila aku dah lalu , aku pun tak kisah pape pun . And aku berjaya lalu lorong tu sampai habis dan sampai laa dekat kedai . Aku pun pergi laa beli pebende yang aku nak tu . So bila nak balik semula , mmgla kena lalu lorong tu . Aku pun dengan slumber lalu lorong tu semula . Sambil aku lalu , aku minum ABC . Perghh seronok 😋😋😋 . Tetibe ........... Aku rasa pelik 😱😱😱😱 aku rasa terkejut , terperanjat . Ayam tu ade 2 ekor . Satu hitam , satu lagi putih . Aku syak dia ni suami isteri kot . Lepastu dia dua ekor kejar aku . Aku taktau lah kenapa , nak kata aku kacau telur dia , takde ah . Nak kata aku kacau anak dia pun tak . Maybe sebab dia nak makanan aku tu kot . Dari jauh dia kejar aku sampai lah sepanjang jalan . Aku pun apa lagi menjerit tak keruan ah . Aku lari sambil menjerit . Imagine laa macammana . Lepastu selipar aku tercabut . Aku masa tu gawat dah taktau nak buat apa . Aku pun slow slow undur belakang nak sarung selipar , lepastu aku lari sampai kehujung lorong . Lepastu ade sorang pakcik tua , dia tanya aku . Kenapa lari lintang pukang ? Lepastu aku cakap , kena kejar ayam 😭😭😭😭😭 . Lepastu dia ketawa and dia cakap , ayam je pun takut . Eh pakcik takde kat tempat saya , senang ah pakcik cakap camtu . Pastu pakcik tu pun halau ayam ayam tu . Huh selamat . Aku pun turun dari lorong tu sebab kat lorong tu ade bukit . Aku turun bukit tu . Lepastu aku nangis hahahahahahaha . Dah smpai kat bawah , jiran jiran semua tanya kenapa nangis. Aku cakap ah kena kejar ayam . 😱😱 lepastu diorang ketawa . Aku pun buat taktau je . Lepastu aku balik rumah and aku berkurung je dlm rumah 2-3 hari . Kes takut ayam . Sejak hari tu , aku memang pantang dengan ayam and aku memang benci tengok ayam . Tapi , aku takde ah nak bunuh ayam . Aku cuma geli and fobia je lepas kes tu . 😭😭😭 Sekarang , kalau pagi pagi aku selalu bagi sisa makanan kt ayam ayam depan rumah . Tapi make sure ayam tu takde ah baru aku letak makanan . Ayam ayam tu pun faham aku . Hahahaha . Sekian - and one more , aku memang takut dengan semua haiwan , binatang , serangga yang boleh terbang 🐦🐤🐥🐣🐔🐝🐞🐓
Saturday, 10 December 2016
ITS BABY RABBIT !!!!!!!! 🐰🐰😱😱
Hello buenoooo ! Petang ni aku memang kalut gila sebab ade satu kes ni berlaku dalam rumah aku . Nak tau kes apa ? Jap eh jap . Oh ye . Kes ni macam ni ceritanya , masa petang tu Ibu Abah Alin pergi keluar nak beli barang kat mane tah . Kat mydin ke giant tah . Lepastu tinggal lah aku dengan AdikAren je kat rumah. Tapi petang tu adik aren pegi main bola . So tinggal aku sorg kat rumh . So aku pun chill chill ah dengar lagu BATABAND - CINTADISEKOLAH. Lepastu aku pun rasa mengantuk . Rasa nak tidur . Tapi aku takk tidur laa sebab aku tak solat asar lagi . Aku pun layan lagu tu sambil main candy crush hahahahaha😹😹😹 . Lepastu aku terdengar bunyi yang macam pelik pelik sikit . Lepastu aku abaikan je laa . Aku fikir mungkin bunyi serangga ke or bunyi dlm tv. Lepastu aku dengar bunyi tu macam hampir je dengan aku . Aku pun jadi pelik . Aku bangun dari sofa , aku tengok bawah sofa . OMGGGGGGGGGGG ! 😱😱😱😱 kucing aku si kecil tu . Dia makan baby rabbit 😱😱😱😱 . Masa tu aku kalut + geli taktau nak buat apa . Aku pun melompat lompat macam org tak tenti arah lepastu menjerit jerit . Aku pun ambil payung aku nak pukul kucing aku tu tapi dia tetap takk lepaskann baby rabbit tu dari mulut dia . 😱😱😱 Kesian baby rabbit tu dah meraung kesakitan . Aku nak ambil baby rabbit pun aku geli . Aku tak mampu . Lepastu aku pun halau kucing aku keluar dari rumah . Aku gunakan senjata aku iaitu payung . Hahahaha dah takde senjata lain . Lepastu kucing aku pun keluar rumah and baby rabbit tu masih dia tak lepaskan . Lepastu aku pun redho jelah kalau baby rabbit tu mati . Lepastu bila fikir balik , kalau Ibu tau nanti mesti aku kena marah . Aku pun cuba nak selamatkan baby rabbit tu . Dari dapur aku nak pergi pintu depan , tetibe bulu ayam terjatuh . Aku pun apa lagi menjerit tak keruan ah . Lepastu aku macam tak tentu arah dah masa tu . Sebab aku ni fobia dengan ayam . Semua lah binatang , haiwan and serangga yang boleh terbang , aku geli . Lepastu aku pun cepat cepat pergi keluar dari rumah . Aku cari balik kucing aku si kecil tu . Lepastu aku jumpa dia masih dgn baby rabbit tu . Aku pun panggil adik Aren aku . Mula mula adik aku taknak dtg . Lepastu aku menjerit jerit suruh dia dtg supaya selamatkan baby rabbit . Masa tu dia masih blur . Taktau pape . Aku masa tu riuh sekampung macam ayam nak bertelur . Tapi aku tak kesah . Lepastu adik aku pun datang selamatkan baby rabbit tu . Lepatu aku suruh adik aku letak baby rabbit tu dalam box . Sementara tunggu Ibu Abah balik . Serious talk , aku taktau dah nak buat apa . Kesian baby rabbit tu dah berdarah . Aku harap panjang laa umur dia 🙏🙏 sebab asalnya dia lahir 6 ekor . Tapi dia sekor je yang hidup . So sekarang aku taktau lah apa nasib baby rabbit tu dalam box tu . Nanti IbuAbah balik , diorang tengoklah tu . Hm . Lepastu aku pun pergi ambil wudhuk , solat asar . Sebab aku tak solat lagi huhuhu . Masa aku nak solat , aku asyik fikir je pasal baby rabbit tu . Tak khusyuk solat aku 😩😩😔😔😔😔 . Hm sampai sini jelah cerita aku . Semoga baby rabbit panjang umur dan membesar dengan sihat🙏🙏💪💪🐰🐰 dibawah gambar baby rabbit aku yang habis berdarah😔😔😔